PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN

Search This Blog

Friday, January 29, 2010

MAKLUMAN!
Di maklumkan kepada semua ahli-ahli KEKAL, Kelab kitani sekali lagi di jemput bagi sama-sama memeriahkan acara pengibaran bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
PADA : 7HB FEBRUARI 2010
HARI : AHAD
JAM : 8.45 PAGI
TEMPAT : TAMU BATU 18 KG KUPANG.
*sila info kan kepada ahli-ahli KEKAL yang lain. atau hubungi SetiaUsaha Kekal KK005
"PERPADUAN KE ARAH KEJAYAAN"

Saturday, January 23, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAB KEKAL YANG KE-5 TAHUN


















More pics - click here


JUMA’AT @ 22hb JANUARI 2010 – Pada hari ini, bagi meraikan ulang tahun yang ke-5 penubuhannya, Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah pun mengadakan satu Majlis Tahlil serta Do’a kesyukuran bertempat di RESTORAN SAFARI BISTRO, KIULAP pada jam 4.30 petang. Seramai lebih kurang 50 orang ahli KEKAL yang berdaftar telah pun menghadirkan diri bagi sama-sama memperingati hari ulangtahun bersejarah kelab KEKAL ini.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh KK070 – Awg. Eddie Armie Bin Hj. Zakaria dan seterusnya ucapan dari YDP dan juga NYDP KEKAL sendiri iaitu KK001 – Cikgu Haji Yussof Bin Hj Siput dan KK002 – Awg. Mosli Bin Haji Abd. Hadis yang antara lain menyentuh mengenai kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dan dijalankan oleh Kelab KEKAL sejak penubuhannya dan menggesa kepada ahli-ahli kelab agar sentiasa menunjukkan komitmen yang baik terhadap kegiatan yang akan diadakan oleh KELAB KEKAL bagi sama-sama menjayakannya dengan lebih baik lagi di masa yang akan datang.

Majlis pada petang itu juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan juga do’a kesyukuran yang dipimpin sendiri oleh KK041 – Awg. Haji Sukaimi Bin Hj Serudin bagi memohon keampunan bagi ahli dan mereka-mereka yang telah pergi kerahmatullah dan juga memohon kesejahteraan dan keselamatan agar sentiasa terpelihara daripada sebarang bahaya dan juga musibah.

Sebelum menikmati jamuan, AJK Majlis telah mempersilakan YDP – KK001 dan NYDP – KK002 Kelab KEKAL bagi sama-sama memotong Kek Ulangtahun KEKAL yang ke-5 dan majlis pada petang itu berakhir pada jam 6.00 petang.

Ahli Jawatankuasa Majlis juga dengan ini tidak lupa merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menghadirkan diri pada petang itu dan juga kepada Restoran Safari Bistro diatas kesudian memberikan Kelab KEKAL mengadakan majlis ulang tahun disana, juga kepada wakil-wakil kelab motosikal sama ada dalam dan luar negara, kepada Adeline Ho (KBC), Sue Qcb (QCB), Img Brunei (IMG), BRC Riders (BRC), KELAB PEMODA – Ribuan Terima Kasih atas ucapan tahniah dan penghargaan yang diberikan daripada abiskita semua.


"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

Sunday, January 17, 2010

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN KELAB KEKAL YANG KE-5

Untuk Makluman Ahli-Ahli Kelab KEKAL, Bersempena dengan genapnya usia kelab KEKAL kitani yang ke-5 tahun pada 22hb Januari 2010M ini, Kelab KEKAL akan mengadakan Majlis Do'a Kesyukuran pada :

TARIKH : 22HB JANUARI 2010M
HARI : JUMA'AT
TEMPAT : RESTORAN SAFARI BISTRO, KIULAP (TIDAK JAUH DENGAN BANGUNAN IGS/HUA HO KIULAP)
JAM : 4.00 PETANG
BAYARAN : BND 6 ( Satu Kepala)
PAKAIAN : BAJU RASMI KELAB.

Ahli-ahli bolehlah juga membawa bersama ahli keluarga dan juga teman masing-masing bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun kelab KEKAL pada hari tersebut. Dan untuk makluman ahli, tempat berkumpul sebelum berangkat ke Restoran Safari Bistro pada hari tersebut ialah di Restoran Keriam pada jam 3.00 Petang. Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi KK008 di talian 8834272.


*Sila maklumkan lagi kepada ahli-ahli KEKAL yang berkenaan*
Sekian harap maklum.

"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

Saturday, January 16, 2010

MAKLUMAN!!!

As'salamualaikum,

Dimaklumkan kepada ahli-ahli KEKAL supaya akan dapat hadir (WAJIB) bagi membincangkan agenda sempena sambutan penubuhan KEKAL yang ke-5 tahun.

Pada : 17hb Januari 2010
Jam : 4.oo petang
Tempat : Restoran Keriam (berdekatan minyak shell Kg. Keriam)

*Sila maklumkan kepada ahli-ahli KEKAL yang berkenaan*

Sekian harap maklum.

"Perpaduan Ke Arah Kejayaan"

Posted by KK069

Friday, January 15, 2010

MAKLUMAN TERKINI : RIDING KE WASAI WONG KADIR


MAKLUMAN : ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA RAIDING KITANI PADA 17HB JANUARI 2010 KE WASAI WONG KADIR, LABI KUALA BELAIT, -DI BATALKAN- DAN AKAN DI TUNDA PADA SATU TARIKH YANG AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN, HAL INI ADALAH DI SEBABKAN KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENGIZINKAN DAN DEMI KESELAMATAN KITANI BERSAMA. SILA INFO RAKAN-RAKAN AHLI YANG LAIN. TERIMA KASIH DAN HARAP MAKLUM.

Saturday, January 9, 2010

MAKLUMAN : RIDING KE LABI


Thanks to Brother Zack for the pictures above


Makluman kepada ahli-ahli KEKAL semua, bahawa kelab kitani atas permintaan ramai ahli-ahli kitani ingin mengadakan dan membuat satu riding pada :


TARIKH : 17hb JANUARI 2010


HARI : AHAD


DESTINASI : WASAI WONG KADIR, LABI KUALA BELAIT


TEMPAT BERKUMPUL : RESTORAN ISMAIL (Inda jauh Tamu Tutong)


JAM : 8.00 AM